Dia
segera menarik muka . Topi ayam yang dipakainya terus dicabut dan dibaling ke
arah gerangan yang menghancurkan istana pasirnya .
“Weyh,
apa ni baling-baling?”
Masih
lagi bersisa ketawa Chunji .
Dia
mengetap bibir dan bingkas bangun dan mengejar si penjenayah yang sudah pun
pecut 100m sambil ketawa terbahak-bahak .
Aku
yang menjadi penonton setia sketsa tadi tersenyum sendiri di kafe .
“Alahai
. Comel je mamat ayam pendek ni .” Hatiku berbisik .
* * *
Kring
.
Comel bunyi loceng yang berbunyi sebaik sahaja aku memasuki kafe ini . Yeah .
Kafe Prince . Aku ada kat sini lagi untuk kesekian kalinya . Aku rasa dah boleh
dah ni dapat mandat ‘stalker makhluk rambut oren yang tidak bertauliah’ .
Dia,
seperti biasa, ada je duduk bermain pasir di persisiran pantai . Apa yang bestnya
pasir tu pon, aku tak pasti la . Tapi, istana pasir yang dia buat cantik . Ada
improvement from awal-awal aku stalk dia dulu .
Sekarang,
istana pasir dia ada nilai artistik . Kadang-kadang dia lukis something atas
istana pasir yang dia buat . Dia pakai cat ape eh ? Cat ke tu ? Err . Entah . Asalkan lawa . Hehe .
Sebab
tu la aku boleh suka dia . Aku suka laki yang kreatif, ada nilai seni dalam
diri dia . Haha . Aku memang terlebih baca novel cinta .
Harini,
dia bawak Chunji main pasir sekali . Sejak bila la pulak mamat gila bola tampar
pantai tu boleh terpengaruh dengan ‘ayam pendek’ tu .
Pelik aku melihat Chunji
sedang mencangkung di sebelah si rambut oren . Berkerut-kerut mereka berbicara
. Macam bincang masalah negara .
“Weyh
!”
“Apa
?”
Si
‘ayam pendek’ hanya bertanya tanpa mengangkat muka daripada ‘kerja’ pembinaan
istana pasirnya .
“Asal
dalam sebulan ni kau asyik buat mende alah ni ?”
Dia
merenung tangan Chunji yang menunjukkan ke arah istana pasirnya yang hampir
siap .
“Sebab..
in order to have a beautiful princess, you must have a beautiful castle right
?”
Chunji
terdiam mendengar kata-kata yang dikeluarkan olehnya setelah lama berjeda .
Kemudian senyum nakal terukir di bibir .
“Maju
dah eh ? Ingat kau saja je buat perangai budak-budak gini .”
Dia
hanya tersenyum .
Stalker
tak bertauliah yang memerhati daripada jauh ini terpegun melihat senyuman yang
terukir di wajah keanak-anakannya. Yeah , aku memang tak dengar apa yang diorang cakap memandangkan jarak antara kami agak jauh , tapi aku boleh nampak, senyuman dia tu ikhlas . Warm .
Tiba-tiba
dia mengangkat mukanya, tepat dia memandang ke arahku . Nasib baik aku tak
observe dia beria sangat . Boleh la aku cover .
Tapi..
Dia pandang aku ke?
Manusia
comel berambut oren itu bingkas bangun . Berlari-lari anak dia menuju ke arah
kafe, tempat aku duduk . Tanganku mula berpeluh, gementar . Dia dah tau ke aku
selalu stalk dia dari kafe ni ?
Si
‘ayam pendek’ kemudian berhenti di depan pakcik jual aiskrim yang kebetulan
duduk betul-betul di depan kafe Prince ni .
Aku
menarik nafas lega . Apa lah aku ni . Kan tempat aku duduk ni sikit punya jauh
dari pantai . Takkan dia perasan . Aku segera membuang soalan-soalan yang
muncul jauh dari ingatan .
Harini
Sabtu . Aku masih disini . Di kafe Prince, duduk melepak sambil menghirup
cappuccino kegemaranku . Kalau campur harini, dah sebulan aku stalk ‘ayam
pendek’ tu dari jauh .
Sudah
menjadi rutin hariannya untuk pergi ke pantai pada setiap petang bersama rakan
sekelasku, Chunji . Ingin bertanya siapakah si ‘ayam pendek’ tersebut kepada
Chunji, aku malu . Eheh . Aku sensetif bab hati dan perasaan ni .
Dia
duduk bersila di bawah pokok . Lengkap berpakaian sukan . Seluar pendek dan
sleeveless shirt nike berwarna hitam yang dipakainya menyerlahkan lagi warna
kulitnya yang putih .
Dia
seperti biasa, duduk menghadap istana pasirnya . Cepat pulak siapnya istana
pasir dia harini . Makhluk berwajah bersih itu duduk berehat, mungkin penat
membina istana pasir .
Di
tangannya ada aiskrim . Dua aiskrim . Perisa rainbow di tangan kanan dan
vanilla di tangan kiri . Err . Comel ! Sebijik macam budak kecil . Aiskrim
maniac .
Leka
aku merenung wajah keanak-anakannya yang sedang menikmati aiskrim perisa
rainbow di tepi pantai .
Tiba-tiba
dia memalingkan wajahnya ke arah kafe, ke arah tempat yang sedang aku duduk
melepak . Anak mata kami bertemu . Alamak aii . Kantoi aku weyh renung anak
teruna orang .
Kali
ni memang dah tak boleh nak cover . Adeh . Tu la . Sape suruh kau tenung dia
lama sangat .
Aku
segera menundukkan muka . Err . Apasal muka aku panas ni . Cappucino yang sudah
mulai sejuk ku hirup rakus .
Dek
kerana kerakusanku menghirup cappuccino, tak semena-mena aku tersedak .
“Ehem
.”
Aku
segera mengambil gelas air yang disuakan oleh makhluk yang berdehem tadi . Segera
ku hirup untuk mengurangkan perit tersedak air berkafein di tekak .
Aku
menarik nafas lega . Nasib baik aku tak mati tersedak kat sini . Eceh . Ada ke
orang mati tersedak cappuccino kesayangan aku ni ?
Eh
kejap . Aku tak cakap terima kasih lagi dekat insan yang baik hati
menyedekahkan air kepada aku a.k.a. manusia yang telah menyelamatkan aku . Kira
super hero la .
Muka
segera kuangkat, ingin berterima kasih kepada dia yang baik hati menghulurkan
air . Membulat mataku apabila melihat siapa yang berada di hadapanku . Kepala
sedang cuba memproses imej ‘super hero’ aku tadi .
Jatuh
rahang sebaik sahaja mataku tertancap kepada makhluk berambut oren yang sedang
tersengih lebar ke arahku . Tanganya yang memegang aiskrim vanilla tadi segera
disuakan kepadaku .
“With
this icecream vanilla, I , the cutest prince Lee Byung Hyun from the sandcastle over there,
want you, my cute stalker, to be my princess .”
Tadaa~ Aku dah lama tak buat cerita geli gini . Haha . Banyak aku mengarut . Main idea? Entah . Imaginasi semata-mata . Aku just suka baca manga yang girl dalam cerita tu kantoi time usha crush dia . Muahahahahaha . Jangan pelik font dia besar tahap luar alam . Aku tak tau nape jadi gitu . Dah puas adjust . Hmm . Please dont copy my idea . Allah nampak apa awak buat . Segala kesalahan tatabahasa harap dapat dimaafkan . And that ayam pendek is mine :B
Tag : akak Nana Johari , Naafa , L U L U