Monday 26 November 2012

25 Nov 2012



No one can make us apart teddy bears . I just love my teddy bears so much <3

  Hye peeps ! Berzaman Fadhlin tak update blog . Skinblog je yang ditukar . Hehe . Just endure it okay ! I am such a busy teen //lol . mende aku mengarut ni -,-



I think I am a great stalker right now . Fadhlin the Paparazzi is next ! :P 


  Harini 26 hari bulan . Tapi Fadhlin tak kira . Nak update jugak pasal 25 November . Haha . Just read it till the end, or I'll hunt you forever ! //lol



Aku melawak je tadi tu . Jangan buat muka risau gitu :P


  Pada 25 November 2012 , seorang bayi yang sangat comel dilahirkan ke dunia oleh Pn. Zaidom Binti Muda di Klinik Keluarga Al-Farabi Kuantan . Then dia pon membesarlah and jadi budak tadika Bukit Rangin yang sangat comel . Korang nak tengok gambar dia time tadika tak ? Tak payah ! Fadhlin pon tak pernah tengok// lol :D



Muka budak yang comel sangat tu lebih kurang macam ni la :D


  Disebabkan dia seorang manusia yang normal, dia pon semakin membesar . Dia pon masuk darjah 1 dekat SK Sungai Isap . Time ni dia still lagi sangat comel . Fadhlin kenal dia start tyme darjah 3 . Kenal nama je la . Disebabkan tyme tu Fadhlin rabun, tapi tak pakai spec lagi, muka dia yang terinstall dalam otak ni tak nampak clear . Just ingat first time Fadhlin nampak dia, masa dia tengah bersidai kat depan pintu kelas dia . Haha . Tyme tu sangat comel lagi kot :P



kawaii neko-chan :3


  Then, time darjah 5 kena paksa dengan cikgu kesayangan duduk sebelah dia dalam kelas disebabkan kepetahanku berkata-kata di dalam kelas dah overload ==' Tyme tu rasa macam, urghh . Asal la aku dapat duduk sebelah mamat ni . Dah la kedekut, nak pinjam barang pon tak boleh //lol . Dulu aku memang sokmo hilangkan pemadam la pembaris la . Sampai sekarang habit tu still lekat . He is a friendly guy? Jauh sekali.  Haha . Fadhlin serius ni . Tapi lagi better daripada Adlin, kembar tak seibu dan sebapa Fadhlin yang kena duduk sebelah.. teeeettt~~ Tak boleh cakap . Budak darjah 5Bes 2008 je yang tau .



My dissapointed face :P


  Masuk je darjah 6 , yess . Finally tak dapat da duduk sebelah mamat ni . K . Tahun ni memang aku rasa tak pernah bertegur sapa . Well, I am a nerd back then . Sape nak kawan dengan nerd ? Chop . Nerd ke? Fadhlin rasa Fadhlin destroyer kelas tu ada la . lol :D



#sadlife . lol :P


  Ehh, asal cerita pasal Fadhlin pulak ni . Okay, balik kepada storyline asal . Then budak yang sangat comel tu masuk SMK Bukit Rangin . Fadhlin satu kelas dengan dia . 1 Cendekia, kelas kaa . Time tu, baru start nak tegur-menegur, heh . Maksud aku kacau-mengacau . Pemadam and sampah kalau sehari tak kena baling kat Fadhlin tu pelik la, except kalau dia tak datang . Lepas peristiwa yang Fadhlin malas nak cerita and rasanya manusia yang comel sangat tu pon dah lupa, yang buat Fadhlin blush gila kat lab, baru kurang sikit . Huh . Nasib baik . And lepas tu, bermula la hidup Fadhlin as besties dia .



Lol . My face is like hers when he disturbs me :D


  Masuk je form2, ketinggian dia yang comel sangat tu tak tau la hilang mana . Asal dia tinggi sangat ni ? Atau Fadhlin yang makin pendek ? Fadhlin rasa dulu dia tinggi sikit je dari Fadhlin . Huh . I just envy boys . Tahun ni, kitorang ada 3, Fadhlin , budak yang sangat comel tu dan Athirah the Sabahan girl . Sebenarnya Athirah tu budak Labuan . Tapi skarang, dia duk kat Kota Kinabalu . Pindah tahun lepas . Hish . Bila tinggal dua orang je, keseimbangan pon hilang sikit . Disebabkan Fadhlin tak rapat dengan girl lain except T-rex time tu, melekat dengan budak yang sangat comel tu 24 hours . Sebab tu la kadang-kadang nampak kitorang rapat sangat , and disalah tafsir as couple . Tak pe la . Memang salah kitorang . They have eyes to judge . I admit it . But at least, please hear the real story from us :D


Comel je misai budak comel sangat tu . Mr Moustache ! :P


  Then masuk form3, budak yang sangat comel tu makin sibuk . Well, it is our PMR year . Pluz budak yang sangat comel tu dapat jadi exco dakwah . Lots of work to do . I envy him so much . Dia ada ramai kawan tanpa mengenal usia// omboh, ayat -,- . Haha . Cikgu-cikgu pon trust dia . And sayang dia . And thanks to program mentor-mantee, he has an adopted mother in school who is extremely caring . Huh, tu yang paling jeles nye . Fan list dia pon makin banyak, memandangkan dia budak yang comel sangat . Those stupid form 1 students.. // I am not too harsh right? hehe . sorry .



He is glowing brightly ~


  So semalam, 25 November 2012, ulang tahun kelahiran budak yang comel sangat yang ke 15 ! Yeah . Semestinya dia akan semakin meninggi . Adeh, sakit la kepala eden mendongak kalau nak cakap dengan dia nanti . //lol :D

Happy Birthday future KP ! future Budak LK ! future budak paling hot kat sekolah// ofcoz la kene tunggu fivers tahun ni keluar dulu, baru boleh jadi paling hot :P 

Haha . here is another present for you . Sorry kasi lambat memandangkan menda ni baru siap semalam . Sorry simple je . Me and ps are not a great team . I admit it .




click pic tu untuk tumbesaran . Jangan curi . Aku bunuh sape yang selamba curi poster budak comel sangat aku ni . I am serious .  Budak comel sangat aku ni je yang boleh amik, sebab poster tu memang dia punya .

Note : Sila kira berapa banyak perkataan comel sangat ada dalam post ni . Huhu . He is just 
           soo cute in my eyes ^^



Salam .

















Saturday 10 November 2012

Sila baca and then komen ok!



Teringin nak buat kat budak comel tu macam gini . lol

Hai kawan-kawan ! Haha . Skema jap . Hei, harini dah last sekolah . Sedih gila la . //kesat hingus yang meleleh . lol

Ouh, okay . Actually nak post ni .. Tolong lah baca sampai habis, then komen . Komen anda amatlah dihargai .

HIKAYAT KOTA CENDEKIA

  Al-kisah, tersebutlah sebuah kota yang berdiam  di tingkat 3 di bawah lindungan kerajaan Bukit Rangin atau lebih dikenali di hati rakyatnya sebagai BRASS . Adapun sudah hampir tiga tahun berdiam di tingkat 3 , tidak pernah sekalipun berpindah ke tingkat lain akan kota itu . Hatta bergembiralah sekalian rakyat tiada terkira dek kerana turunnya berat badan mereka pabila setiap hari mereka mendaki tangga hingga ke kota kesayangan mereka . Maka dikurnia nama kota ini Cendekia dek kerana cendekianya rakyat yang menghuninya .
   Adapun kota Cendekia ini diperintah oleh secantik-cantik dan selembut-lembut guru . Amanlah kota ini tatkala Cikgu Nor Azmah berdemokrasi lalu sekalian rakyat jatuh kasih dan sayang kepada ia . Arakian bercelotehlah ia, bersungguh-sungguh ilmu sains, tidak pernah terkurang sedikit pon . Begitulah juga keadaannya tatkala Ustazah Yusnita dan Teacher Rosaliza memegang tampuk kepimpinan di kota ini pada satu masa dahulu .
   Hatta, Aminul dan Diyana berkuasa tatkala tiadanya guru di kota ini . Sedang mereka berdua sibuk , sayup-sayup suara Atiqah , tukang pungut cukai kota Cendekia ini, memaksa sekalian rakyat membayar cukai mereka yang tertunggak . Tidaklah ia suka akan tugasnya yang dahulunya dilakukan oleh Akma , bangsawan yang berwajah suci yang telah berhijrah ke Segamat , Johor tatkala sekalian rakyat sibuk bersiap untuk menghadapi Peperiksaan Menengah Rendah (PMR) .
  Syahadan Faisal, bangsawan yang diminati sekalian pelusok kerajaan Bukit Rangin dek kerana ketrampilannya sebagai laksamana kerajaan Bukit Rangin bersahabat baik dengan seorang laksamana yang ketinggiannya amatlah mengkagumkan, Aiedil si lidi panjang bak KLCC . Adapun Ilyas itu kerenahnya tiadalah banyak sedangkan Alif itu asyiklah termenung . Entah apa difikirannya itu tidaklah diketahui oleh sekalian rakyat .
  Arakian, Syamil dan Ahmad, seorang laksamana kerajaan ini, amatlah rapat hubungannya, tidak sesekali mereka berenggang terlalu lama . Adapun Najmi itu banyak celotehnya, kulitnya yang amatlah putih dan wajah iras-iras Mr Bean meredakan kemarahan setiap penghuni kota ini pabila terpaksa melayan kerenah yang seorang ini . Sebaik sahaja guru melangkah keluar,  Syuib , Hidayat, Firdaus, Syukri dan Najmuddin sibuklah akan mereka itu akan urusan masing-masing . Tanpa mereka, tiadalah kehuruharaan di kota ini .
  Maka diceritakan pula kisah puteri-puteri di kota ini . Adapun terdapat sehingga tiga orang ‘Aina’ di kota ini ( Aina Mardhiah, Ainaa Amirah, Aina Naailah ) tidaklah pernah sekali mereka keliru akan nama mereka lain benar dengan Amirah dan Farhana , kembar tidak seibu dan tidak pula sebapa yang menjadi kekeliruan akan seluruh alam . Adapun Jannah itu pengembara yang baru beberapa bulan menetap di kota Cendekia ini , diam-diamnya ubi berisi .
  Hatta tersebutlah kisah dua sahabat karib ( Rabi’ah dan Syakirah ) yang sentiasa dilihat bersama. Rabi’ah sentiasa dilihat bersama Sketch Book yang penuh dengan rahsia lain pula sifatnya dengan Syakira yang tiada Sketch Book dan sentiasa ceria . Adapun Shahira itu sangatlah terror BI-nya, kefanatikannya amat terserlah . Sekalian rakyat sudah sedia maklum yang teramatlah sukacita oleh Shahira akan artis kelahiran American Idol, David Archuleta .
  Sekarang tibalah kisah Khairein Anis, laksamana yang amatlah lembut sifatnya amatlah berbeza dengan laksamana Iffah yang amatlah nyaring bicaranya sehinggakan sekalian rakyat jatuh sakit  pabila mendengar celotehnya . Hatta laksamana Rabiatul ‘Adawiyah juga amatlah sukacita sekali ketika berceloteh dan melontarkan segala idea yang ada dalam setiap acara debat .
  Adapun laksamana Adila itu suka menganggu ketenteraman orang lain , namun apabila dia tegas , takutlah akan setiap rakyat di kerajaan kota Bukit Rangin . Hatta, begitulah juga kisahnya dengan laksamana Fadhlin . Bingung sekalian rakyat apabila sifat nakal laksamana Fadhlin semakin menjadi-jadi selepas laksamana Athirah berangkat ke Kota Kinabalu, Sabah .
  Tiadalah kami pasti akan penghujungnya .  Tahun hadapan, rakyat kota ini akan pergi membawa diri ke aliran yang diimpikan . Namun, kota Cendekia ini akan tetap gah dalam hati dan sanubari penghuni kota ini bersama-sama kenangan pahit manis yang telah hampir tiga tahun diukir bersama.
  Kata sahibul cerihik, kepada golongan Cendekia, andai terguris hati dan perasaan, sepuluh jari disusun memohon kemaafan .


Okay tak ? Ada tak yang terkurang, terlebih? Komen eh?


Sayonara .