Sunday 4 May 2014

Penat .

"Hfft ."
Kaki menendang batu-batu kerikil yang menganggu pandangan . Tangan diseluk ke dalam poket sweater . 
"Aku rasa macam nak humban je semua worksheet tu dalam longkang ." 
Hoody ditarik ke kepala . Tangan segera mencari punat volume di pemain mp3 . Kuat lagu Windows Down, Big Time Rush berdentum di telinga . Arghh . Puas hati aku .
"Dua minggu lepas baru je lepas ujian . Minggu depan lagi satu ujian . Kolej ni takde kerja lain dah ke nak buat . Rasa macam dah duduk dalam penjara dah ."
Dia hanya menggeleng . Aku tau dia gelakkan perangai aku yang macam budak kecil ni walaupun aku tak pandang dia .
"Kau tau kan aku tak segenius kau . Hurm . Stress banyak lagi assignment tak siap . Stress aku tak backup lagi apa yang cikgu ajar masa aku tertidur dalam kelas haritu . Stress bila orang duk asyik tanya aku, aku dah study ape ."
Leherku yang tak lenguh diurut . Keluhan panjang kulepas . Kubiarkan muzik yang berdentum kuat ditelinga membawa kupergi dalam duniakhayalan . Entah kenapa masa macam ni aku nak dengar Kenji, mamat drummer yang ramai perempuan kejar kecuali aku (sebab dia pernah ketuk aku pakai  stick) main lagu hardcore untuk aku .
"Hoi ."
Satu tepukan kuat dibahu membuatkan aku tersentak dari dunia khayalan . Segera kupalingkan muka ke arah penjenayah yang telah menepuk kuat bahuku . Dahiku berkerut .
"Weyh, sakitlah ."
Riak mukanya masih tak bersalah . Tangannya menurunkan hoodyku dan menarik perlahan earphone
"Hmm . Kau ni . Merungut je tau ."
"Hishh start dah nak berceramah ."
Satu tumbukan perlahan hinggap di bahuku . Heshh minah ni . Aku tau la kau ada tali pinggang hitam . Jangan lah apply taekwando kau kat aku .
"Ye ye..aku dengar la ni ."
Tudung yang sedikit berkedut kubetulkan kembali.
"Kau tau tak stress ni best ."
Aku hanya merenung . Tak percaya .
"Kau tak percayakan aku ke ?"
"Mestilah . Aku baru baca fakta kat internet pasal stress . It says that stress can shorten your life and bring bad effect to your health ."
"Tapi aku rasa aku akan lagi stress kalau aku tak stress ."
Mataku memandang dia tak berkelip . Cuba menghadam apa yang cuba dia sampaikan .
"Macam ni, kau tau, sebenarnya stress ajar kita banyak benda . Ajar kita sabar, ajar kita bersyukur dengan apa yang kita ada dan yang paling penting, stress ajar kita bahawa sebenarnya kita hanya ada satu tempat sahaja untuk meminta iaitu Allah ."
Dia menarik nafas . Memberiku sedikit ruang untuk berfikir .
"Kau tahu, manusia ni rapuh, tak kuat mana pun . Maybe secara zahirnya mereka boleh tolong saat kita desperate nak bantuan tapi akan tiba satu saat yang mereka tak dapat tolong kita. Saat tu, kekecewaan akan hadir dan rasa kecewa ni akan tambah lagi tahap stress kita . Jadi, konklusinya, mintak la dekat Allah ."
Aku menggeleng tanda tak faham .
"Jadi apa kaitannya dengan stress yang kau kata best tu ?"
"Haa . Ni part yang paling awesome . Manusia ni, biasanya akan cari Allah apabila ditimpa kesusahan . Stress ni susah kan ? Penat kan ? So kita secara automatik akan ingat dekat Dia apabila stress ."
"Jadi kau nak cakap yang stress ni salah satu nikmat Allah ?"
Langkahnya terhenti dan dia berpaling ke arahku . Senyuman indah terukir dibibirnya . Ikhlas . Perlahan dia mengungkap kalimah basmallah .
"Maka yang mana satu nikmat Tuhan kamu, yang kamu ingin dustakan ?"
 (Surah ar-Rahman ayat 13)







Goodluck for your coming exam . I pray we'll get the most awesomest incrediblest brilliantest excellent result in syaa Allah . Ameen :)
*Maaf tak cukup gramatis . Still trying to write direct from my heart . ^^