Sunday 27 January 2013

Patah . Sebak .




Let's run till we catch the internal happiness :D


Salam . Ahaks . Patah ? Patah apekemende la pulaknya ? Haha . Sabor la jap . Intro dok lagi . Haha . Semalam kepada semalam 24hb Januari 2013 . Bersamaan dengan 12 Rabiul'awal 1434H . Hari keputeraan junjungan besar kita, Nabi Muhammad S.A.W . Jom kita selawat sepanjang bulan maulid ni :D



Selawat jom :D


Ok . Kembali kepada tajuk asal . Patah ? Ohh tidakk . Patah hati kah ? Haha . Fadhlin tak de la jiwang parokk nak berpatah-patah hati ni . Tangan je kot yang patahnya . Err . Bukan tangan . Jari je . And hakikat dia, tak patah pon . Sakit je . Saja je kabo patah . Epic kan ? Haha . K . Hambe gurau . Saja je pongg .



Ohh tidak . Dah start ngantok .__.


K . Kalau perasan sebelah perkataan patah tu terang-terang ada perkataan sebak . Kalau tak perasan , sila lah rujuk balik title post . Hehe . Sebak la ! Esok , I mean . Hari Isnin nanti budak-budak ni dah tak dok . Diorang nak berangkat pergi SBP , tinggal aku sorang kat BRASS . Semalam baru terasa yang lepas ni aku dah tak jumpa kawan aku dah . Iklil , saya tak sempat kenal awak pon . Saya mintak maaf kalau saya ada jelez ke ape ke dengan awak . Competition tu kan bagus untuk kesihatan..kan ? Haha . Sungguh la tak jadinya lawak hamba tu .




Kann ? :B


Bie , 3 tahun tak sempat nak kenal awak sepenuhnya . Hati-hati ye wak kat KISAS tu . Saya jelez awak dapat pergi . Kat sana . Bumi penuh tarbiyyah . Penuh dengan orang-orang baik . Penuh dengan ilmu untuk akhirat selain ilmu dunia . Penuh dengan segala-galanya . Saya jelez . Dulu saya tak pernah terfikir nak apply sana . Now, saya teringin nak jadi budak sains agama . Teringin wak . Peluang ada . Dekat SMA Kuala Lumpur . Tapi kat KL . Jauh . Jauh sangat . Bagi saya . Sebab saya tak duduk dekat perumahan Bukit Rangin . Kemungkinan untuk lost contact dengan awak semua , especially budak-budak 3cen 2012, akak seniors yang saya sayang, and ada dua tiga orang adik junior yang saya baru jatuh sayang . Bie stands for Rabiatul 'Adawiyah . Jangan salah faham la yerk :P



Ya Allah , permudahkan segalanya bagiku :')


Hoyeah . Korang dapat rasa tak aku tengah emo . Hari . Ini . Kenangan . Terindah . I hope you can feel my love to you in my last hug before you leave .



Awak tak tau tak pe . Yang penting Allah tahu , saya rindu awak semua :')


Perasan tak ? Lagu blog Fadhlin lagu nasyid ? Oyeah . Berubah angin la . Asyik lagu korea je . Kita ubah sikit-sikit ok ? Yang penting konsisten :D

"Tabahkan hati ini dengan cinta hakiki.."


Salam .

Saturday 12 January 2013

[natrium benzoat]




This is lol :D


Hooyah ! Straight to the point . Fadhlin baru khatam novel aA+bB by Hlovate . Haha . Post kali ni bunyi dia memang agak gedik gitu sebab Fad nak cerita pasal buku tu kepada awak semua :B



Teringat kat cover novel KELABU


First , sebelum baca buku tu Fad dah baca novel [tunas] . Novel tu cerita pasal sebelum segala bagai peristiwa yang berlaku dalam aA+bB . Tapi kalau tak silap novel aA+bB yang publish dulu . Err . Lantak lah . Dah baca dah pon .__.



Nama dia Luhan . My first and last CHINESSE bias :D


Kita cerita satu-satu memandangkan novel ni ada sampai dua .

1 . [tunas]

Novel ni cerita pasal Addin Shah a.k.a. Didi , character utama novel ni , time zaman sekolah dia dekat kolej Tunas in form 4 and form 5 . Ohsem la jugak kisah dia . Macam-macam benda jadi . Addin ni troublemaker . So faham2 je la . Time kena 'tamgkap khalwat' dengan abang kembar dia sendiri , Addi Shah a.k.a. Kucai . Nickname abang dia Kucai sebab abang dia tak pernah tak suka makanan yang ada kucai kat dalam dia . Then time dia form5 , dia dapat mandat head girl . Kucai jadi head boy .



Sweet moments of HunHan . I'm not shipping them . Just , suka tengok diorang :B


Satu hari , sorang budak gaya backstreet pindah masuk Kolej Tunas . Time first dia datang, dia pakai cincin tak silap . Taiko gila la mamat tu . First day dia pindah , Addin the head girl kena jadi tour guide mamat tu . Tunjukkan kelas to the taiko memandangkan diorang satu kelas . Then Addin bising la sebab dia selamba dek pakai cincin kat sekolah . Tercetus la perang antara dua manusia di situ . Banyak la lagi tragedi yang menambahkan lagi perisa dalam perang diorang . Tak masuk cerita kantoi dengan mamat taiko tu time Addin nak sabotaj lampu kelas and semua la . Tak ingat dah la . Banyak sangat .



Haha . Interesting huh ? .__.


Then , yang paling tak boleh blah , diorang menang title the best couple of the night . Haha . Act, diorang kena paksa pergi bersama event macam err.. ala-ala prom night gitu . Tapi tak dok la sampai menari sume tu . Mags 7 lah punya kerja letak nama diorang dua . A-cid rasa yang cakap gini kat manusia dua orang tu ' I am panah arjuna . I spread the love ' :B

Kemuncak perang diorang berlaku time nak dekat SPM . Haha . Nak tau , hang beli sendiri . Malas eden nak habak kat sini . Karang jadi spoiler pulak .



Comel je . Haha .


2 . aA+bB

Novel ni berlaku 8 tahun lepas diorang lancarkan perang besar . Haha . Addin and mamat backstreet tu 25 tahun dah . Habis belajar . Sorang ambik doktor , sorang engineer . Diorang ni pon kena la kawen paksa ~

Haha . K . Aku cerita sampai situ je . Tak nok kabo . Nanti korang fall in love dengan taiko tu . He is mine ! lol gurau :B



Luhan , awak teropong sape tu hah ? :B

Eh . Aku tak kabo pon kan nama mamat taiko backstreet tu . Haha . He is the natrium benzoat . The bakstreet guy . The darth vader . The pemusnah alam . And.. He is the pencuri hati kelas satu :3




Benz Alif Sulaiman . He reflects some of your attitudes , your behaviours . You make him alive :3


Kemaruk punya pasal . Pinjam ye Hlovate . Hewhew . Teka tu gambar badan sape . Luhan ! Suka tengok pose dia . Ohsem gitu ~




Salam .


Sunday 6 January 2013

Hai 4cen *lambai tangan*




Haha . Boleh Dongho buat bodoh je kat Kevin . Cian Kevin excited sorang :B


Assalamualaikum . Hai awak . Lama tak jumpa kan ? Jumpa kat depan laptop je la . Hmm . Mukadimah dulu ok ? 15/16 jan ni ada awards kat Litar Sepang kan ? Ljoe datang kan ? EXO semua ahli dia confirm datang kan ? Hehe . Rumah jauh . Nak pergi tak boleh . K . Alasan je tu . Aku takkan pergi kat award gitu even sejengkal dari rumah sebab.. hmm . Tak elok kan pergi ? 



Klik untuk perkembangan yang sihat .__.


K . 4cen tu nama kelas aku . 4 Cendekia . Aliran sains TULEN . Bangga jadi budak bio sebab tu memang impian aku dari kecik . lol tipu je :B



lol tengok muka Dongho :D


Tapi problemo dia , kawan-kawan aku majority tak nok ambik bio . Sume nak ambik lk . Ada la berapa kerat yang stay . Haih . Ikot korang la . Fikir masak-masak . Future korang tu .__. Next week maybe diorang blah from 4cen pergi 4 Etika or 4 Bestari , kelas yang provide subjek lk . Lepas orientasi .



ape ke mende la diorang buat kat Dongho tu .__.


Setakat ni subjek kimia baru belajar , Chapter 2 . Chap 1 cikgu cakap pengenalan je so cikgu tak ajar . Yang ajaib dia aku tak paham menda cikgu cuba sampaikan . Aku salin je la menda ada kat powerpoint cikgu tu . Haih . Bila nak dapat buku teks . Ada buku teks senang sikit , boleh rujuk . Hamba tak beli lagi buku rujukan . Bio je dah beli . Harap maklum .__.



Comel je . Haha :P 


Addmath cikgu dah terang SIKIT . Hightlight perkataan sikit tu sebab tu la hakikat . Cikgu baru ajar satu bentuk jalan kira . And aku faham dengan jayanya . Alhamdulillah . Excited nak belajar lagi :D



Jangan tengok budak comel kat kanan sekali yang tengah angkat tangan macam mende entah tu :P


K . Tu je lah . Mood tak de la awak .


Salam .





Tuesday 1 January 2013

Assalamualaikum 2013




Let's write a better one than before !


Assalamualaikum awak yang tengah baca post saya ni . Err . Polite je kan bunyi die ? Hehe . Kan tahun baru, so kena la jadi polite . Haha . K . Fad tipu . Act Fad demam, tak de mood nak mengarot sana-sini .



It's still loading for a new drama, new adventure :D


K . Selamat mengahrungi adventure baru ok . Saya, next year dah jad form4 . Budak bio in syaa Allah . Dua orang kawan saya, Rabu nanti saya dah tak nampak muka diorang kat sekolah . Sorang pindah Taiping, sorang pindah Seri Kuantan (SHAKS) . Saya tengah sedih sekarang ni . Sedih sangat bila fikir Rabu ni saya datang sekolah saya dah tak nampak muka awak n kita dah tak sama kelas, sama sekolah . Saya sedih wak .  Sedih sangat . Ya Allah , kuatkan lah hamba-Mu ini .




Hope saya kan jadi better tahun ni . Diari yang semalam dah tutup , kunci pastu telan kunci dia . Jangan bukak2 dah . Hai diari comel yg ad corak stripe . Esok, lepas bangun lah baru saya rasmikan awak yerk ? Kalau tulis sekarang, tak pasal hingus meleleh atas awak .  Haha . Azam baru ? Entah . Ingat nak teruskan je azam tahun lepas . Jadi anak solehah untuk umi abah , jadi besties terbaik untuk awak, jadi student form4 yang tak buat kes pape . Penat dah, stiap kali jadi freshman, ade je la kes aku buat . Tahun depan dah tak nak dah . Fight !



Salam .