Teringin nak buat kat budak comel tu macam gini . lol
Hai kawan-kawan ! Haha . Skema jap . Hei, harini dah last sekolah . Sedih gila la . //kesat hingus yang meleleh . lol
Ouh, okay . Actually nak post ni .. Tolong lah baca sampai habis, then komen . Komen anda amatlah dihargai .
HIKAYAT KOTA CENDEKIA
Al-kisah,
tersebutlah sebuah kota yang berdiam di
tingkat 3 di bawah lindungan kerajaan Bukit Rangin atau lebih dikenali di hati
rakyatnya sebagai BRASS . Adapun sudah hampir tiga tahun berdiam di tingkat 3 ,
tidak pernah sekalipun berpindah ke tingkat lain akan kota itu . Hatta
bergembiralah sekalian rakyat tiada terkira dek kerana turunnya berat badan
mereka pabila setiap hari mereka mendaki tangga hingga ke kota kesayangan
mereka . Maka dikurnia nama kota ini Cendekia dek kerana cendekianya rakyat yang
menghuninya .
Adapun kota
Cendekia ini diperintah oleh secantik-cantik dan selembut-lembut guru . Amanlah
kota ini tatkala Cikgu Nor Azmah berdemokrasi lalu sekalian rakyat jatuh kasih
dan sayang kepada ia . Arakian bercelotehlah ia, bersungguh-sungguh ilmu sains,
tidak pernah terkurang sedikit pon . Begitulah juga keadaannya tatkala Ustazah
Yusnita dan Teacher Rosaliza memegang tampuk kepimpinan di kota ini pada satu
masa dahulu .
Hatta, Aminul dan
Diyana berkuasa tatkala tiadanya guru di kota ini . Sedang mereka berdua sibuk
, sayup-sayup suara Atiqah , tukang pungut cukai kota Cendekia ini, memaksa
sekalian rakyat membayar cukai mereka yang tertunggak . Tidaklah ia suka akan
tugasnya yang dahulunya dilakukan oleh Akma , bangsawan yang berwajah suci yang
telah berhijrah ke Segamat , Johor tatkala sekalian rakyat sibuk bersiap untuk
menghadapi Peperiksaan Menengah Rendah (PMR) .
Syahadan Faisal,
bangsawan yang diminati sekalian pelusok kerajaan Bukit Rangin dek kerana
ketrampilannya sebagai laksamana kerajaan Bukit Rangin bersahabat baik dengan
seorang laksamana yang ketinggiannya amatlah mengkagumkan, Aiedil si lidi
panjang bak KLCC . Adapun Ilyas itu kerenahnya tiadalah banyak sedangkan Alif
itu asyiklah termenung . Entah apa difikirannya itu tidaklah diketahui oleh
sekalian rakyat .
Arakian, Syamil dan
Ahmad, seorang laksamana kerajaan ini, amatlah rapat hubungannya, tidak
sesekali mereka berenggang terlalu lama . Adapun Najmi itu banyak celotehnya,
kulitnya yang amatlah putih dan wajah iras-iras Mr Bean meredakan kemarahan
setiap penghuni kota ini pabila terpaksa melayan kerenah yang seorang ini .
Sebaik sahaja guru melangkah keluar,
Syuib , Hidayat, Firdaus, Syukri dan Najmuddin sibuklah akan mereka itu
akan urusan masing-masing . Tanpa mereka, tiadalah kehuruharaan di kota ini .
Maka diceritakan
pula kisah puteri-puteri di kota ini . Adapun terdapat sehingga tiga orang
‘Aina’ di kota ini ( Aina Mardhiah, Ainaa Amirah, Aina Naailah ) tidaklah
pernah sekali mereka keliru akan nama mereka lain benar dengan Amirah dan
Farhana , kembar tidak seibu dan tidak pula sebapa yang menjadi kekeliruan akan
seluruh alam . Adapun Jannah itu pengembara yang baru beberapa bulan menetap di
kota Cendekia ini , diam-diamnya ubi berisi .
Hatta tersebutlah
kisah dua sahabat karib ( Rabi’ah dan Syakirah ) yang sentiasa dilihat bersama.
Rabi’ah sentiasa dilihat bersama Sketch Book yang penuh dengan rahsia lain pula
sifatnya dengan Syakira yang tiada Sketch Book dan sentiasa ceria . Adapun
Shahira itu sangatlah terror BI-nya, kefanatikannya amat terserlah . Sekalian
rakyat sudah sedia maklum yang teramatlah sukacita oleh Shahira akan artis
kelahiran American Idol, David Archuleta .
Sekarang tibalah
kisah Khairein Anis, laksamana yang amatlah lembut sifatnya amatlah berbeza dengan
laksamana Iffah yang amatlah nyaring bicaranya sehinggakan sekalian rakyat jatuh
sakit pabila mendengar celotehnya .
Hatta laksamana Rabiatul ‘Adawiyah juga amatlah sukacita sekali ketika
berceloteh dan melontarkan segala idea yang ada dalam setiap acara debat .
Adapun laksamana
Adila itu suka menganggu ketenteraman orang lain , namun apabila dia tegas ,
takutlah akan setiap rakyat di kerajaan kota Bukit Rangin . Hatta, begitulah
juga kisahnya dengan laksamana Fadhlin . Bingung sekalian rakyat apabila sifat
nakal laksamana Fadhlin semakin menjadi-jadi selepas laksamana Athirah
berangkat ke Kota Kinabalu, Sabah .
Tiadalah kami pasti
akan penghujungnya . Tahun hadapan,
rakyat kota ini akan pergi membawa diri ke aliran yang diimpikan . Namun, kota
Cendekia ini akan tetap gah dalam hati dan sanubari penghuni kota ini bersama-sama
kenangan pahit manis yang telah hampir tiga tahun diukir bersama.
Kata sahibul
cerihik, kepada golongan Cendekia, andai terguris hati dan perasaan, sepuluh
jari disusun memohon kemaafan .
Okay tak ? Ada tak yang terkurang, terlebih? Komen eh?
Sayonara .
No comments :
Post a Comment