Saturday, 23 March 2013

Segmen (Pertama) _ My Bias is My Prince_by_filzah





May I ? :B


Heyyo . Holidays come and finally i can go home from maktab . Hehe . Ohsem je duk maktab, just.. Duduk rumah is better :B

Balik-balik rumah tadi tengok blog kak nana johari , tengok dia ada join segmen . So I pon join la sekali . Haha . 




Kalau nak join, boleh tengok kat SINI

AMARAN : Sila gunakan 100 peratus imaginasi anda . Nak pakai imaginasi tahap petala kelapan pon boleh . Happy reading :B




* * *







 Pada suatu petang yang redup, aku bersandar di kerusi empuk sambil menikmati secawan cappucino dan menikmati pemandangan pantai yang indah di kafe Prince, aku terlihat dia sedang mencangkung di birai air, mencedok sedikit air ke dalam baldi . Shorts adidas berwarna hitam miliknya sedikit basah terkena ombak pantai .



Ralit aku memandang setiap langkahnya . Berkerut aku cuba memikirkan apa yang ingin dilakukan dengan air pantai tersebut . Err . Takkan dia minum air tu . Bukan ke air tu masin?



Dia berlari-lari anak menuju ke timbunan pasir tidak jauh daripada persisiran pantai . Berdekatan dengan timbunan pasir tersebut, terletak elok penyodok pasir kecil berwarna merah jambu . Eh ? Dia nak..



Berpeluh-peluh dia cuba membina istana pasir menggunakan penyodok merah jambunya . Mulutnya yang kecil daripada tadi terkumat kamit, mungkin memarahi si ketam merah yang semakin menghampiri ‘istana’nya .Wajahnya yang cerah semakin merah akibat lama duduk di bawah sinaran matahari .



Setiap gerak langkahnya aku perhatikan dengan teliti . Topi bergambar ayam yang elok tersarung, menutupi rambut orennya membuatkan dia kelihatan seperti kanak-kanak kecil . Tekun dia membina istana pasir .



“Hoi!



Mukanya didongak, mencari kelibat manusia yang memanggilnya . Matanya tertancap ke arah Chunji yang lengkap berpakaian sukan sedang berlari kearahnya .



“Yah ! Chunji ! Jangan datang sini ! Nanti kau..”



Belum pun habis dia menuturkan ayat tersebut, Chunji sudah merempuh longgokan pasir a.k.a ‘istana pasir’ yang telah dibina .

Dia segera menarik muka . Topi ayam yang dipakainya terus dicabut dan dibaling ke arah gerangan yang menghancurkan istana pasirnya .

“Weyh, apa ni baling-baling?”

Masih lagi bersisa ketawa Chunji .

Dia mengetap bibir dan bingkas bangun dan mengejar si penjenayah yang sudah pun pecut 100m sambil ketawa terbahak-bahak .

Aku yang menjadi penonton setia sketsa tadi tersenyum sendiri di kafe .

“Alahai . Comel je mamat ayam pendek ni .” Hatiku berbisik .



* * *
  





Kring . 

Comel bunyi loceng yang berbunyi sebaik sahaja aku memasuki kafe ini . Yeah . Kafe Prince . Aku ada kat sini lagi untuk kesekian kalinya . Aku rasa dah boleh dah ni dapat mandat ‘stalker makhluk rambut oren yang tidak bertauliah’ .

Dia, seperti biasa, ada je duduk bermain pasir di persisiran pantai . Apa yang bestnya pasir tu pon, aku tak pasti la . Tapi, istana pasir yang dia buat cantik . Ada improvement from awal-awal aku stalk dia dulu .

Sekarang, istana pasir dia ada nilai artistik . Kadang-kadang dia lukis something atas istana pasir yang dia buat . Dia pakai cat ape eh ? Cat ke tu ? Err . Entah . Asalkan lawa . Hehe .

Sebab tu la aku boleh suka dia . Aku suka laki yang kreatif, ada nilai seni dalam diri dia . Haha . Aku memang terlebih baca novel cinta .

Harini, dia bawak Chunji main pasir sekali . Sejak bila la pulak mamat gila bola tampar pantai tu boleh terpengaruh dengan ‘ayam pendek’ tu . 

Pelik aku melihat Chunji sedang mencangkung di sebelah si rambut oren . Berkerut-kerut mereka berbicara . Macam bincang masalah negara .

“Weyh !”

“Apa ?”

Si ‘ayam pendek’ hanya bertanya tanpa mengangkat muka daripada ‘kerja’ pembinaan istana pasirnya .

“Asal dalam sebulan ni kau asyik buat mende alah ni ?”

Dia merenung tangan Chunji yang menunjukkan ke arah istana pasirnya yang hampir siap .

“Sebab.. in order to have a beautiful princess, you must have a beautiful castle right ?”

Chunji terdiam mendengar kata-kata yang dikeluarkan olehnya setelah lama berjeda . Kemudian senyum nakal terukir di bibir .

“Maju dah eh ? Ingat kau saja je buat perangai budak-budak gini .”

Dia hanya tersenyum .


Stalker tak bertauliah yang memerhati daripada jauh ini terpegun melihat senyuman yang terukir di wajah keanak-anakannya. Yeah , aku memang tak dengar apa yang diorang cakap memandangkan jarak antara kami agak jauh , tapi aku boleh nampak, senyuman dia tu ikhlas . Warm .

Tiba-tiba dia mengangkat mukanya, tepat dia memandang ke arahku . Nasib baik aku tak observe dia beria sangat . Boleh la aku cover .

Tapi.. Dia pandang aku ke?

Manusia comel berambut oren itu bingkas bangun . Berlari-lari anak dia menuju ke arah kafe, tempat aku duduk . Tanganku mula berpeluh, gementar . Dia dah tau ke aku selalu stalk dia dari kafe ni ?

Si ‘ayam pendek’ kemudian berhenti di depan pakcik jual aiskrim yang kebetulan duduk betul-betul di depan kafe Prince ni .

Aku menarik nafas lega . Apa lah aku ni . Kan tempat aku duduk ni sikit punya jauh dari pantai . Takkan dia perasan . Aku segera membuang soalan-soalan yang muncul jauh dari ingatan .



* * *







Harini Sabtu . Aku masih disini . Di kafe Prince, duduk melepak sambil menghirup cappuccino kegemaranku . Kalau campur harini, dah sebulan aku stalk ‘ayam pendek’ tu dari jauh .

Sudah menjadi rutin hariannya untuk pergi ke pantai pada setiap petang bersama rakan sekelasku, Chunji . Ingin bertanya siapakah si ‘ayam pendek’ tersebut kepada Chunji, aku malu . Eheh . Aku sensetif bab hati dan perasaan ni .

Dia duduk bersila di bawah pokok . Lengkap berpakaian sukan . Seluar pendek dan sleeveless shirt nike berwarna hitam yang dipakainya menyerlahkan lagi warna kulitnya yang putih .

Dia seperti biasa, duduk menghadap istana pasirnya . Cepat pulak siapnya istana pasir dia harini . Makhluk berwajah bersih itu duduk berehat, mungkin penat membina istana pasir .

Di tangannya ada aiskrim . Dua aiskrim . Perisa rainbow di tangan kanan dan vanilla di tangan kiri . Err . Comel ! Sebijik macam budak kecil . Aiskrim maniac .

Leka aku merenung wajah keanak-anakannya yang sedang menikmati aiskrim perisa rainbow di tepi pantai .  

Tiba-tiba dia memalingkan wajahnya ke arah kafe, ke arah tempat yang sedang aku duduk melepak . Anak mata kami bertemu . Alamak aii . Kantoi aku weyh renung anak teruna orang .

Kali ni memang dah tak boleh nak cover . Adeh . Tu la . Sape suruh kau tenung dia lama sangat .

Aku segera menundukkan muka . Err . Apasal muka aku panas ni . Cappucino yang sudah mulai sejuk ku hirup rakus .

Dek kerana kerakusanku menghirup cappuccino, tak semena-mena aku tersedak .

“Ehem .”

Aku segera mengambil gelas air yang disuakan oleh makhluk yang berdehem tadi . Segera ku hirup untuk mengurangkan perit tersedak air berkafein di tekak .

Aku menarik nafas lega . Nasib baik aku tak mati tersedak kat sini . Eceh . Ada ke orang mati tersedak cappuccino kesayangan aku ni ?

Eh kejap . Aku tak cakap terima kasih lagi dekat insan yang baik hati menyedekahkan air kepada aku a.k.a. manusia yang telah menyelamatkan aku . Kira super hero la .

Muka segera kuangkat, ingin berterima kasih kepada dia yang baik hati menghulurkan air . Membulat mataku apabila melihat siapa yang berada di hadapanku . Kepala sedang cuba memproses imej ‘super hero’ aku tadi  .

Jatuh rahang sebaik sahaja mataku tertancap kepada makhluk berambut oren yang sedang tersengih lebar ke arahku . Tanganya yang memegang aiskrim vanilla tadi segera disuakan kepadaku .

“With this icecream vanilla, I , the cutest prince Lee Byung Hyun from the sandcastle over there, want you, my cute stalker, to be my princess .”







Tadaa~ Aku dah lama tak buat cerita geli gini . Haha . Banyak aku mengarut . Main idea? Entah . Imaginasi semata-mata . Aku just suka baca manga yang girl dalam cerita tu kantoi time usha crush dia . Muahahahahaha . Jangan pelik font dia besar tahap luar alam . Aku tak tau nape jadi gitu . Dah puas adjust . Hmm . Please dont copy my idea . Allah nampak apa awak buat . Segala kesalahan tatabahasa harap dapat dimaafkan . And that ayam pendek is mine :B

Tag : akak Nana Johari , Naafa , L U L U